Brunch D’ Umi Nasi Ulam Salor - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Brunch D’ Umi Nasi Ulam Salor

06 November 2019

Brunch D’ Umi Nasi Ulam Salor

Nik Nurehan | Wednesday, November 06, 2019 | 0 Komen

Salam dan Selamat TengahHari Hari Rabu Kepada Anda Semua...
=============================
Tengah Hari ini anda semua sudah Lunch ke tu?
Kalau belum Lunch lagi dan sekiranya anda berada di sekitar Salor Pasir Mas ini boleh lah singgah makan Lunch bersama nasi ulam budu yang sungguh menyelerakan ini. Ish ish kat sini pelbagai ulam ulaman yang ada. Banyak sungguh pilihannya. Bila tengok banyak makanan ni jadi rambang mata tau. Semua rasa nak makan. Lebih lebih lagi pergi dengan perut lapar. Kalau selalunya kita bersarapan pagi jam 8 tau hari ini disebabkan ada urusan jadi kita settle dulu baru makan. Nahhh jam sudah menunjukkan 10.30pagi. Kita singgah dah makan situ, tak ada plan pun nak makan situ. Tadi kita bagi tau pasal ulam kan ni kita nak kongsi lauk pauknya YA ALLAH, banyak juga!! Alhamdullilah memang berpuas hati lah. Rasa macam nak makan sini setiap hari. Hehe. Nasib la kedai ni jauh juga la dr bandar kota bharu. 
Untuk tatapan kawan kawan Mama Ann, boleh tengok gambar gambar kat bawah ye. Alaaa tukang amik gambar amatur pun. Hehehe.

Sungguh terkejut kami tadi dengan Harga Yang dikenakan pada kami tadi. Amat dan terlalu murah sangat dengan lauk yang banyak dan beserta ulam ulaman yang banyak kami hidangkan. Kalau di banding kan dengan tempat lain semestinya nya harga yang dikenakan tadi seharusnya RM50 ke atas. Tapi disini kami di kenakan harga hanya RM32 sahaja.

Bagi sesiapa nak mencubanya boleh tanya “wave” ataupun “google map” yaa. InsyaALLAH sampai dengan selamat tanpa sesat. Hehe
D’ Umi Nasi Ulam















Banyak lagi info info menarik yang akan kami kongsikan untuk promosi #VisitKelantan2020
Jangan Lupa Layari Blog Ini:
http://www.niknurehan.com

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com