Khamis 8/11/2019 : Hari ini Mama Ann berkesempatan ke SSM Kota Bharu yang berada di Billion Kota Bharu. SSM
Tingkat 3 Kota Sri Mutiara,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Apa yang membuatkan Mama Ann jakun adalah MESIN Self Service iaitu Ez Biz.
Kalau dahulu kita ke kaunter tapi sekarang ni lebih efisyen dengan menggunakan mesin sahaja. Jadi tak sampai 5minit pun dah siap. Lagipun sekarang kan dah ramai yang membuat bayaran melalui online. Mama Ann saja masih menggunakan cara yang lama. Tiada alasan untuk kita menjalankan tugas kita sebagai Peniaga untuk memperbaharui lesen Perniagaan daripada berniaga secara tidak rasmi. Tak kira anda berniaga secara online atau offline, anda diwajibkan untuk daftar syarikat anda dengan SSM. Penguatkuasaan ini dibuat kerana sudah banyak aduan dari pengguna mengenai penipuan peniaga internet. Ini disuarakan sendiri oleh Timbalan Menteri KPDNKK. Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM, anda dapat elakkan perniagaan anda daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Jadi, daftar syarikat anda sekarang supaya perkara seperti ini dapat dielakkan.
Pelaksanaan Format Baharu Nombor Pendaftaran Bagi Entiti Perniagaan Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggunakan format baharu nombor pendaftaran yang mengandungi 12 digit aksara bagi nombor pendaftaran syarikat, perniagaan dan Perkongsian Liabiliti Terhad mulai 11 Oktober 2019.
Format baharu nombor pendaftaran ini akan dipaparkan di dalam semua maklumat korporat SSM yang dibekalkan kepada pelanggan. Sila ambil maklum bahawa sepanjang tempoh peralihan, nombor pendaftaran yang sedia ada akan dipaparkan bersama dengan format baharu (Contoh: Nama: AMS Setia Jaya Sdn. Bhd. No. Pendaftaran: 201901000005 (1312525-A) untuk tempoh masa yang akan dimuktamadkan kemudian.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my
KENAPA PERLU DAFTAR DENGAN SSM?
Ramai pengguna sekarang yang prefer shopping online, dan akan ada yang ambil kesempatan.
Dengan mendaftar syarikat anda dengan SSM;
- Anda dapat tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna internet dengan status perniagaan anda.
- Anda dapat tingkatkan kredibiliti syarikat anda untuk jangka masa panjang.
- Jika syarikat anda menghadapi apa-apa masalah terutamanya yang berkaitan dengan pihak berkuasa, anda mudah selesaikannya kerana syarikat anda sudah berdaftar secara sah.
- Anda juga mungkin berpeluang mendapat geran-geran dan bantuan dari kerajaan untuk bangunkan perniagaan anda.
Pembaharuan Pedaftaran Perniagaan di Ezbiz
Kiosk : Mudah Digunakan Pelanggan tidak perlu beratur panjang di Kaunter
Jenis Pembayaran : Menerima Wang Tunai dan Kad Kredit / Debit
Cepat dan Pantas : Memindahkan waktu Tranksakni Sepantas 3 minit
Dengan mesin Layan diri Ez Biz kita dapat Memperbarui Lesen Perniagaan, Membuat pembelian Maklumat Syarikat/ Maklumat Perniagaan serta Membuat bayaran Kompaun di bawah Seksyen 12(1)b ROBA 1956
Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan
Waktu Kiosk beroperasi : Pejabat Cawangan SSM
Isnin-Jumaat (8.15pagi -5.15 Petang)
UTC : Isnin-Ahad (8.15Pagi-6.00petang)
Cara-Cara Pembayaran Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
- Sentuh Skrin
- Pilihan Bahasa
- Masukkan Mykad (IC)
- Imbas Ibu Jari
- Tarfik Keluar MyKad
- Sentuh Skrin
- Masukkan Nombor Telefon
- Tekan Seterusnya
- Pilih Perkhidmatan (Pembaharuan, Info, Kompaun)
- Pilih (Pemilik Niaga atau Pihak Ketiga, Jikal Wakil Masukkan No Perniagaan)
- Tekan Pilih
- Amaun
- Tekan Setuju
- Tekan Tunai @ Kad Debit/Kad Kredit
- Masukkan Duit satu persatu
- Ambil Resit / Ambil Baki
- Tekan tiada jika tiada transaksi lain
- Tekan Cemerlang
- Ambil Dokumen
- Urusan Selesai. Terima Kasih.
PANDUAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN
Perniagaan berdaftar perlu memperbaharui perakuan pendaftaran perniagaan dengan mengemukakan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1)
Prosedur Pendaftaran
1. Lengkapkan Borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (BORANG A1)
2. Orang Yang Bertanggungjawab iaitu pemilik atau salah seorang rakan kongsi menandatangani Borang A1.
3. Orang Yang Bertanggungjawab (OYB) iaitu pemilik atau rakan kongsi perlu mengemukakan permohonan di kaunter SSM atau secara online melalui perkhidmatan e-Lodgement di laman web SSM di www.ssm.com.my.
Syarat
1. Pemilik atau Orang Yang Bertanggunjawab sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.
2. Sijil Perakuan Pendaftaran boleh diperbaharui bila-bila masa sebelum tarikh luput pendaftaran sehingga dua belas (12) bulan selepas tarikh luput pendaftaran.
Fi Pendaftaran
1. Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00
2. Perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred - RM60.00
3. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan
4. Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00
Panduan Am
1. Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun.
2. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa 15 minit dari waktu pembayaran dibuat.
3. Seseorang yang meneruskan perjalanan sesuatu perniagaan selepas tamat tempoh pendaftaran adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran perniagaan 1956 dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
Mudah Digunakan | Senang Difahami | Cepat & Pantas
📊📉📈 Like / Follow:-
• FB: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Laman Rasmi)
• Instagram / IG: @ssmofficialpage
• Twitter: @ssmofficialpage
No comments:
Post a Comment