Assalamualaikum.
Hi semua. Pagi ini kami berkesempatan bersarapan pagi di Ayang Cafe cafe sarapan pagi di kota bahru.
‘Roti Anje’ adalah menu baru untuk Ayang Cafe. Mesti ada yang tertanya kan bagaimana rupa ‘Roti Anje’ ini.
Roti ini disediakan dengan penuh kasih sayang tau!
Sup cendawan (mushroom soup) dan roti bawang putih (garlic bread) itu lah yang diberi nama ‘Roti Anje’.
Sebut tentang 2 makanan ini, mesti ramai yang terbayangkan Pizza Hut. Tapi sekarang tak perlu tunggu pukul 11pagi lagi. Awal pagi lagi anda semua boleh bersarapan dengan ‘Roti Anje’ dengan harga yang sangat berpatutan iaitu Rm5 sahaja!! Mana nak cari.. dengan mushroom yang banyak penuh mangkuk dan panas panas serta roti garlic yang lembut. Pergghh memang best!
Lain kali tak nak share2 dah. Kena order masing masing. Hahaha. Suka ada menu baru ni. Memang ‘favourite’.
Jadi pada sesiapa ke AYANG CAFE jangan lupa ‘order’ Roti Anje yerrr!! Menu terbaru & confirm tidak menghampakan hati sesiapa pun. Simple & mengeyangkan. Alhamdullilah.
Selain itu, ayang cafe masih mengekalkan pelbagai jenis nasi ‘siap bungkus’, laksa dan laksam, satay dan menu menu sedia ada.
Akhir kata, Selamat mencuba ‘Roti Anje’ dan selamat berkasih sayang 😄
#ayangcafe
#cafekasihsayang #rotianje #sarapanpagidikelantan
#TMK2020 #TahunMelawatKelantan2020 #VisitKelantan2020
#KelantanDiHati
#VisitMalaysia2020 #VM2020 #visitmalaysia
#tourismkelantan #visitmalaysia2020
#niknurehandotcom
#MEDSOS_VENTURE
Facebook Ayang Cafe - https://www.facebook.com/ayangcafe/
Nik Nurehan : https://www.facebook.com/niknurehan84
Page Facebook Nik Nurehan : https://www.facebook.com/niknurehandotcom/
sedapnya
ReplyDelete