Assalamulaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdullilah sempurna sudah Pelancaran Penerbangan Pertama FIREFLY dari Johor Bahru ke Kota Bharu dan Kota Bharu ke Johor yang di adakan pada hari ini iaitu i 17 Disember 2019 (Selasa) di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Sidang Media ini disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Dato’ Mejar (B) Hj. Md. Anizam Ab. Rahman dan Philip See Yew Jin iaitu CEO dari pihak FIREFLY.
Sidang Media ini bertujuan untuk mewarwarkan Pelancaran penerbangan Pertama terus Johor Bahru-Kota Bharu-Johor Bharu yang bermula 17 Disember 2019. Kekerapan penerbangan ini adalah sebanyak 3 kali seminggu. Dengan adanya penerbangan ini ianya dapat memberi kemudahan kepada penumpang penumpang untuk bercuti, pulang ke kampung melawat saudara mara atau untuk melakukan perniagaan yang berkaitan dengan kedua dua buah negeri.
Firefly bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri kelantan juga dalam pross merangka program bagi mempromosikan produk produk pelancongan Negeri kelantan di Johor, bertepatan dengan tahun Melawat Kelantan 2020.
Pelbagai pakej pelancongan sedang dibini bersama penggiat penggiat industri pelancongan dan akan dijual sepenuhnya di Johor dalam masa terdekat.
Dengan adanya laluan penerbangan ini diharap dapat membantu dalam mempromosikan Tahun Melawat Kelantan 2020 dengan sasaran kemasukan pelancongan seramai 5.5 juta orang.
Kerjasama ini diharapkan dapat merancakkan lagi Tahun Melawat Kelantan 2020 yang bertemakan Kelantan di Hati atau ' I Love Kelantan' dengan berkonsepkan "Family, Food, festival'.
Untuk sebarang tempahan ticket FIREFLY boleh layari https://www.fireflyz.com.my/ dengan harga promosi yang sangat berpatutan.
FIREFLY BEYOND CONVENIENCE
DESCOVERY See it, Hear it, Sense it, Feel it, Touch it, Taste it.
No comments:
Post a Comment