Pertandingan Ayam Ratu di Kg Kraftangan Kota Bharu pada 21 Disember 2019 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Pertandingan Ayam Ratu di Kg Kraftangan Kota Bharu pada 21 Disember 2019

16 December 2019

Pertandingan Ayam Ratu di Kg Kraftangan Kota Bharu pada 21 Disember 2019

Nik Nurehan | Monday, December 16, 2019 | 0 Komen

JEJAK SANG TAWAL BERBUSANA MENELUSURI SEJARAH

=============================

Pengisian yang dijangka mengujakan para hadirin pada 21.12. 2019 adalah Pertandingan Ayam Ratu sebagai pembuka acara kelolaan Kelab Ayam Ratu Kelantan (KARAK).


Peserta seluruh Malaysia dan Selatan Thailand akan mempertandingkan kecantikan bulu ayam mereka di dalam enam kategori iatu LHK A berat 3.5kg ke atas, LHK B 2.5kg - 3.49kg, Ayam Ratu Muda, Solid Color, Pelbagai Roma, Induk Ratu dan Anak Ratu 3 – 4 bulan.
Dua hadiah bakal diungguli oleh Best of the best dan Johan sehingga tempat ke-5 bagi setiap kategori di atas. Hadirin turut berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa hamper dan produk untuk ayam serta seekor kambing sebagai cabutan bonanza.
Jangan lupa datang tau kalau nak tengok pertandingan ayam ratu ini
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
JEJAK SANG TAWAL MENGUNDANG KETERUJAAN RAKYAT
Kelantan sinonim dengan kekayaan kebudayaan dan khazanah warisan negeri berkaitan erat dengan sejarah bangsa gemilang yang perlu dikenang sebagai teladan sepanjang zaman oleh generasi pelapis.
Hal inilah menjadi iltizam Tourism Malaysia Wilayah Timur bersama rakan sinerginya menganjurkan Program Jejak Sang Tawal bertemakan Berbusana Menelusuri Sejarah pada 21 Disember 2019 bertempat di Kampung Kraftangan, Kota Bharu, Kelantan bermula pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Menurut Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Encik Hafiz Hazin, program yang memperkenalkan asal-usul persejarahan Kerajaan Kelantan Tua kepada pasaran pelancongan dengan nilai permakaian busana tradisi, diyakini dapat memugar kisah sejarah permulaan Kerajaan Kelantan di Tanah Sekebun Bunga kepada generasi lama.
"Paling berkesan ia mendedahkan informasi serta pengalaman menarik kepada generasi baharu supaya mereka tahu tentang keagungan pemerintah Kelantan silam demi membina jatidiri melalui pemakaian destar dan persalinan Melayu sekali gus memperdalamkan kecintaan mereka terhadap pusaka tradisi bangsa yang malar segar sepanjang zaman", ujarnya.
Program bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Dato’ Mejar (B) Hj. Md. Anizam Ab. Rahman menyajikan pengisian yang dijangka mengujakan para hadirin seperti Pertandingan Ayam Ratu sebagai pembuka acara kelolaan Kelab Ayam Ratu Kelantan (KARAK).
Peserta seluruh Malaysia dan Selatan Thailand akan mempertandingkan kecantikan bulu ayam mereka di dalam enam kategori iatu LHK A berat 3.5kg ke atas, LHK B 2.5kg - 3.49kg, Ayam Ratu Muda, Solid Color, Pelbagai Roma, Induk Ratu dan Anak Ratu 3 – 4 bulan.
Dua hadiah bakal diungguli oleh Best of the best dan Johan sehingga tempat ke-5 bagi setiap kategori di atas. Hadirin turut berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa hamper dan produk untuk ayam serta seekor kambing sebagai cabutan bonanza.
Di samping itu, selepas aktiviti Senaman Tua di hadapan pintu Istana Balai Besar, hadirin juga buat julung kalinya berpeluang menyaksikan perarakan raksasa pembawa panji, sirih junjung dan pulut kuning oleh pasukan berbusana tradisi Melayu Kelantan bermula dari Padang Merdeka dan berakhir di Kampung Kraftangan untuk mentakzimi upacara perasmian.
Pada sebelah petang, hadirin dipelawa untuk menyelongkar rahsia senjata air tangan nenek moyang Melayu melalui kisah asal-usul nama kuih dan makanan tradisional Kelantan bersama penulis buku “10 Juadah Nan Berkisah” di Dewan MOTAC, Kampung Kraftangan pada pukul 2.00 petang.
Bagi peminat ilmu mengenai nama karangan dan cara pembuatan tanjak dan samping, mewarna batik serta menyertai pertandingan swafoto berbusana klasik turut disediakan slot khas.
Segmen yang dijangka menjadi tumpuan khalayak ialah bengkel busana oleh Persatuan Pencinta Seni Busana Kelantan selama 1 setengah jam bermula pukul 3.30 petang.
Manakala Persatuan Silat, Rebana Ubi, Kertuk, Pendikir, pemain gasing, jurufoto Kelantan, pemanah, penarik beca dan penunggang basikal klasik dijadualkan menghiburkan hadirin dengan pelbagai pertunjukan menarik.
Jangan lepaskan peluang keemasan memeriahkan program ini dengan hadir memakai busana indah yang patuh shariah seperti berkain batik lepas, songket, limar, mastuli, cindai, punca potong, selendang, tanjak, semutar dan getam untuk sama-sama menelurusi sejarah menjejaki Paduka Sang Tawal dan alamilah keterujaan dan pengalaman menurut persepsi tersendiri.
Kredit : oleh Norzana Razaly



Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com