Rumah Inap Desa Sungai Sireh , Tanjung Karang - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Rumah Inap Desa Sungai Sireh , Tanjung Karang

15 December 2019

Rumah Inap Desa Sungai Sireh , Tanjung Karang

Nik Nurehan | Sunday, December 15, 2019 | 0 Komen

Memilih program homestay di Kampung Sungai Sireh ini sememangnya satu keputusan yang tidak merugikan kerana pengalaman yang bakal ditempuhi menjanjikan kelainan.
Rumah Inap Desa Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor.
Kampung yang indah ini terletak di tengah-tengah komuniti penanam padi terpenting di Malaysia.  Dikelilingi oleh sawah padi yang luas,  pemandangan di Sungai Sireh sangat mengkagumkan.
Keterangan lebih lanjut mengenai program homestay di Sungai Sireh ini boleh didapati dari ENCIK ABU BAKAR BIN MOIN,  
Pengurus Homestay Sungai Sireh.   
Nombor talifon:  6019-346 7372,  
Atau ENCIK SALAMAT BIN SURIB,  
nombor talifon:  6013-305 1470.


ALAMAT :-

AGROTOURISM HOMESTAY SG.SIREH
LORONG A/P23,KAMPUNG AMPANGAN,
PARIT SATU,SG.SIREH,
45500 TG.KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Diberi masa selama 4jam untuk melakukan aktiviti seperti ;
1) Menangkap Ikan di Sawah
2) Melawat galeri Rumah Lama
3) Mencanting Batik
4) Melawat Tanaman Pokok Herba
Aktiviti homestay atau inap desa di kampung ini telah menjadi tarikan kepada pelancong sejak dari mula beroperasi lebih 10 tahun yang lalu.  Ia telah menerima kunjungan pelancong dari negara-negara Timur seperti Jepun dan Korea,  Timur Tengah dan Barat.  Daya tarikan yang unik,  penduduk kampung yang peramah dan baik telah seakan-akan memberi isyarat kepada pelancong/orang ramai agar mencuba gaya hidup luar bandar yang istimewa di Sungai Sireh. 

Mitos
Mengikut cerita orang tua-tua yang sudah lama menetap disini, nama Sg. Sireh ini adalah diambil kerana satu mitos pada zaman dahulu, sejenis penyakit telah merebak di kampung ini, dan cara untuk menyelesaikannya adalah dengan membuang daun sireh ke dalam sungai yang terletak di hujung kampung kerana dipercayai daun sireh ini ada kuasa untuk mengubat penyakit. Ketika itu, sungai tersebut dipenuhi daun-daun sireh dan sejak itu penduduk setempat dan sekitaran memanggil kampung ini kampung Sg. Sireh.

1 Pengalaman yang tidak pernah dirasai mahupun dicuba tapi hari ini menjadi kenangan manis untuk di ingati. 

#VisitKelantan2020 #TMK2020
#Kelantandihati #Tahunmelawatkelantan2020
#MYTravelMediaBuddy #TourismMalaysia #VisitMalaysia2020
#VM2020 #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#Niknurehandotcom #MEDSOS_VENTURE

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com