

Malam sabtu ke Maison Raja Rezza di Telipot atas jemputan Tuan Reza Razali iaitu Founder dari Syarikat IT,SLURP untuk makan malam bersama dengan usahawan usahawan dari Kelantan. Terima Kasih.Tujuan perjumpaan usahawan melayu adalah untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan jaringan rangkaian usahawan melayu di samping bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam peniagaan.
Siapa Reza Razali? Dikenali sebagai pendiri syarikat Terato Tech yang mahir membina aplikasi mobile, dan dikenali juga sebagai pelabur awal kepada beberapa syarikat startup. Kini beliau bersama rakan yang lain telah menubuhkan syarikat Silentmode Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang memfokuskan kepada aplikasi berteraskan awan Slurp!, sebuah aplikasi Point Of Sale untuk kegunaan restoran dan kafe bermodelkan Software as a Service.

















meriah
ReplyDelete