Nasi Lemak Kopi Kubang Kerian 2 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Nasi Lemak Kopi Kubang Kerian 2

07 March 2020

Nasi Lemak Kopi Kubang Kerian 2

Nik Nurehan | Saturday, March 07, 2020 | 0 Komen
Nasi Lemak Kopi O ialah sebuah restoran makanan yang berada di Kota Bharu. Jadi anda semua jangan salah faham yang saya sebutkan ini bukan mengenai sebuah rancangan bual bicara waktu pagi santai Malaysia. Hehehe
Nasi lemak merupakan satu entiti makanan Melayu yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Restoran Nasi Lemak Kopi O menyediakan pelbagai variasi lauk. Biasanya nasi lemak ini boleh di makan waktu pagi, malam atau lewat malam.
Antara lauk yang disediakan untuk dinikmati bersama nasi lemak adalah:
-Sambal Kerang
-Ayam Goreng
-Kari Ayam
-Rendang ayam/daging
-Paru Goreng
-Sambal ikan bilis
-Sambal sotong kering
-Sambal udang
-Telur rebus/goreng

Suasana kedai cukup selesa untuk bersama kawan-kawan dan keluarga. Meja dan kerusi kayu ala-ala warung. Memang menarik.
Pengoperasiannya kedai Nasi Lemak Kopi O bermula pada pukul 4 petang sehingga 12malam. Cawangan kedua ini dibuka pada 1 Jan 2020.
Caw 2 berhampiran bangunan SPRM jln sultan yahya petra. Buka 4pm -12am(jumaat cuti)

Di Cawangan kedua ini juga terdapat laksa sarang. Ianya sangat popular di Kuala Kangsar. Memang “rare” dan jarang jumpa di Kelantan.
Apa tunggu lagi. Jom kita cuba petang/malam ni! InsyaALLAH berpuas hati.



Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com