Pok Loh Milo Tunggeng
Warungnya kecil sahaja dan lokasi warung ini ialah di belakang Hostpital Pakar Perdana, Kota Bharu. Pagi yang tenang, langit yang membiru, memang sungguh mendamaikan dan menambah kelaparan perut di pagi hari. Dari jauh nampak macam meriah!
Keunikan warung ini ialah terletak pada cara nak buat air Milo. Tin Milo tersebut ditebuk dari atas dan ditunggeng sehingga separuh cawan…memang kaw habis !!
DAN yang membuatkan air Milo Ais Pok Loh Milo Tunggeng ni lain daripada yang lain ialah cara pembuatannya dan HARGA !! Cuma RM 2.50 segelas !!
Banyak pilihan sarapan pagi yang boleh didapati di sini. Semuanya memang sudah siap dibungkus di dalam plastik…ada nasi lemak, nasi ayam, nasi berlauk, satey dan macam-macam lagi. Semua menu popular di Kelantan boleh dijumpai di kedai Pok Loh Milo Tunggeng ni…boleh kata one stop centre jugak la..
Lokasi dia memang senang je nak jumpa, cuma di belakang hospital Pakar Perdana KB.
Kalau singgah, hello hello laa.. hehe
No comments:
Post a Comment