Positif Covid-19 semakin meningkat, sekali gus tidak memungkinkan sesi persekolahan secara bersemuka.
Sesi pembelajaran itu bakal dilalui kemungkin tempohnya lagi lama memandangkan kes Covid-19 semakin meningkat selepas Aidilfitri.
PdPR bukanlah perkara baharu. Sudah lebih setahun kita laksanakan PdPR apabila sekolah secara bersemuka terpaksa ditutup akibat pandemik Covid-19.
Ada beberapa masalah mereka hadapi seperti capaian internet yang lemah, tiada gadget dan keka-ngan masa ibu bapa bekerja tidak dapat memantau kehadiran anak-anak untuk mengikuti kelas secara dalam talian.
Marilah jadikan tahun 2021 sebagai tahun berakhirnya PdPR walaupun ada yang mendakwa ia adalah sukar.
Marilah bersama-sama patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment