Bayar ikut harga Beras Yang kita Makan.
Sekali kita dapat resit banyak2 macam ni. Nasib baik org rumah ada sekali.
Note:
Lepas ni MAIK kena cetak resit RM14 dan RM21. Bagi mengelakkan org rumah banyak tanya.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan zakat fitrah pada kadar RM7 tahun ini.
Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.
pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar, jajahan atau menerusi MAIK e-Zakat Payment di www.e-maik.my.
"Selain itu, bayaran juga boleh dibuat menerusi institusi perbankan yang dilantik oleh MAIK sebagai ejen kutipan zakat termasuk Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.
Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan.
No comments:
Post a Comment