Bersama-samalah kita istiqamah dan yakin bahawa Allah S.W.T pasti membantu dan memperkenankan doa serta harapan kita semua
Masjid mukim, surau dan musolla di seluruh negeri Kelantan ditutup sehingga suatu tarikh yang dimaklumkan.
Jemaah hendaklah berada dalam saf dengan penjarakan dua meter. Bagi semua masjid mukim, surau dan musolla ditutup untuk semua aktiviti.
Tips : Sila pastikan anda sampai awal di masjid. Sapa cepat dia dapat masuk, ruangan terhad. Kalau lambat masjid dah full, dah ditutupi pagarnya. ( terhad musim pkp )
Senarai masjid bandar dan jajahan yang dibenarkan beroperasi
1: Masjid Muhammadi, Kota Bharu
2: Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
3: Masjid Al-Ismaili Bandar Baru Pasir Pekan
4: Masjid Sultan Muhammad II, Telipot
5: Masjid Sultan Mansor, Kampung Sireh
6: Masjid D'raja Long Yunus, Langgar
7: Masjid Bandar As-Salam, Pengkalan Chepa
8: Majlis Ismaili, Tumpat
9: Masjid Mahmoodi, Bachok
10: Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh
11: Masjid Sultan Yahya Petra, Machang
12: Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai
13: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang
14: Masjid Sultan Muhammad 1, Jeli
15: Masjid Sultan Muhammad III, Pasir Mas
16: Masjid Ismail Petra, Tanah Merah
17: Masjid Bandar An-Nur, Kuala Krai.
Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid;
• Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai face mask;
• Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
• Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid;
• Semua ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;
• Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;
• Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di
dalam atau di luar masjid; dan
• Hanya jemaah lelaki sahaja digalakkan hadir.
No comments:
Post a Comment