Ayam Percik Kak Jah Lemal - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Ayam Percik Kak Jah Lemal

05 May 2021

Ayam Percik Kak Jah Lemal

Nik Nurehan | Wednesday, May 05, 2021 | 0 Komen

Second time beli ayam percik Kak Jah Lemal.

Punya la panjang beratur. Haha. Demi ayam percik sedap sanggup deh beratur. Habuan untuk anak anak kerana berpuasa penuh. Apa salahnya memenuhi permintaan mereka kan. Alhamdullilah tahun ini ayam percik lemal ni lebih “kena” dengan selera kami sekeluarga bebanding tempat “sohor” di kota bharu. Situ sedap juga, bkn kata tak sedap tapi alang alang dah ada kerja di pasir mas jadi singgah di sini lah.


Harganya berpatutan dan ayamnya pun bersize besar. Nak beli peha/tight sahaja tak dapat deh, wajib beli pasangan nya ayam dada. Baru la adil dengan pelanggan lain.

Jom beli.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam (biasa org potong 4)

 

BAHAN PERAP:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam secukupnya

 

BAHAN KUAH:

  • 2 pek santan pekat
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering ( kalau nak pedas bleh tambah lg)
  • Garam secukupnya
  • Gula - kena ada rasa manis
  • 1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

 

CARA MEMASAK:

1.  Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Lepastu bolehlah dibakar.

2.  Cara saya buat lain, ayam yang diperap tadi saya susun dalam rice cooker pastu tekan suis. Biarkan ayam masak dalam tue.. senang dan ayam pun juicy.

3.  Bila ayam masak, boleh la bakar sekejap. Nampak garing-garing sikit bahagian luar dan siram dengan kuah percik.  

4.  Jika nak tebal salutan kuah tu kena ulang siram dalam dua tiga kali. Siram, bakar, siram, bakar sampai salutan nampak tebal. Baru sedap.

5.  Untuk sediakan kuah percik, kisar bawang merah, halia, serai serta cili kering dan masak di atas dapur bersama santan dengan api perlahan sambil terus dikacau.

6.  Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com