Emergency HPRZ11 KoTa Bharu - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Emergency HPRZ11 KoTa Bharu

05 March 2022

Emergency HPRZ11 KoTa Bharu

Nik Nurehan | Saturday, March 05, 2022 | 0 Komen


#throwback 26/02/2022

Setibanya di hospital, sekitar 1.30tgh hari. Saya di masukkan di ruangan transit. Mama An orang pertama di bilik “transit” dikuti wanita lain yang senasib dengan iaitu keguguran.

Mama diminta untuk menukar “uniform hospital” iaitu kain sahaja. Ketika menukarnya “terjatuh” seperti “perut ikan” di atas lantai. Begitu rasa panic dan takut kerana melihat “perut ikan” sebegitu. Kalau dalam bahasa mudah seperti ketulan darah beku yang amat besar.

Di situ beberapa orang bertanyakan beberapa soalan dan apa yang telah terjadi. Prosedur setelah masuk ke sana, di “jolok” nya hidung kita untuk mengesahkan kita bebas dari covid-19

Alhamdullilah Mama An bebas dari penyakit itu.

Macam biasa lah bila dah urusan “kehamilan dan bersalin” pastinya doc akan “cek jalan”. Sebenarnya kena bertenang dan tarik nafas dalam-dalam baru tak rasa sakit atau ngilu. 

Alhamdullilah syukur pada ALLAH kerana Mama An tak terasa sakit walau darah keluar sebanyak itu. Siap suruh bagi nombor berapa tahap kesakitan itu antara 1 hingga 10. 10 paling sakit, 1 dah tak sakit. 

Mulut ini tak behenti membaca dan menyebut nama ALLAH. Seperti yang tercatat dalam Al-Quran kejadian manusia yang berasal dari air mani kemudian segumpal darah, kemudian ketulan daging, kemudian baru diciptakan tulang dan ditiupkan roh.

Diminta suami menolak Mama An ke tandas untuk mendapatkan “air kencing” untuk dibawa ke makmal sama ada di jangkiti kuman atau tidak.

Mama an tak dapat nak jelaskan lebih detail proses seterusnya untuk sesi pembersihan. Rasa kram di perut juga akan mulai muncul seperti berombak ombak kencang. Prosos nya tidak lama. Sambil membuatnya sambil scan di atas perut untuk melihat “ blood clot”.

Selesainya operasinya Mama An tidak perlu masuk wad dan diberi kebenaran untuk pulang. Jika ada tanda tanda “bleeding” yang banyak semula dikhuatirnya masih tidak habis dan perlu ke “emergency” semula.

Mama An mengangguk tanda faham dan lega. Akhirnya semuanya selesai dan berjalan lancar. Tiada kesakitan yang amat sangat dirasai hanya ujian kecil. Alhamdullilah.

Beza D&C dan S&C ialah kalau kata mudahnya dilate tu korek, suction itu sedut. Ada alat khasnya lah. Proses yang sedikit berbeza tapi tujuannya sama, untuk membuang kandungan  yang gugur dan membersihkan ruang dan dinding rahim daripada darah atau sel-sel yang gugur. Kalau tak buang boleh membahayakan rahim, boleh kena infection.

* Sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”

* Missed miscarriage ialah jenis keguguran yang berlaku pada peringkat awal kehamilan. Biasanya pada waktu ini baby tak dapat develop dengan baik atau berhenti develop dengan sendiri sebelum sempat tumbuh anggota. 

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com