Saat saat Cemas datang. - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Saat saat Cemas datang.

02 March 2022

Saat saat Cemas datang.

Nik Nurehan | Wednesday, March 02, 2022 | 0 Komen


Throwback 

25/02/22 pada hari jumaat. Rutin seperti biasa keluar dengan anak anak ke Kbmall untuk brunch di Chicken Rice Shop. Sebelah petangnya bekerja seperti biasa di Kiosk Takoyaki di hadapan Pantai Timor Kota Bharu. 

Alhamdullilah pengujung tak bhenti henti datang ke kiosk kami. Memang non stop bergolek takoyaki beterusan 2 kilo tepung. Niatnya nak kerja slow slow shj disebabkan kesihatan x mengizinkan tapi Alhamdullilah itulah dinamakan rezeki. Selepas satu, sayu order yang masuk.

Badan telah penat dan awalnya bleeding masih dalam terkawal. Akan tetapiiii dalam jam 8malam, perghhhhhh terasa sakit di bahagian ari ari (tekanan di bawah) tapi tidak lah lama. Kembali normal.

Sekitar jam 1 pagi tidak lagi macam biasa. Laju jea keluar. Selalunya kalau kita baring tidak la sebanyak itu. Lepas satu, satu lagi perlu tukar “kotex”.

Menjelang pagi tetap sama, bleeding lebih dari pada hari hari sebelum ini tapi tak ada rasa sakit pun. Kekadang datang juga rasa sengugutnya di ari ari. Itu normal bagi yang “period pain”.

Hari sabtu datang lagi, 26/02/2022. Tetap datang bekerja di Kiosk Takoyaki di hadapan Pantai Timor. Memandangkan semua pekerja ada hal jadi terpaksa la diri ini gagahkan juga ke sana untuk membantu supervisor bekerja seorang diri. Incik suami pun ada beberapa tugasan di luar. Hari ini bekerja tak serancak hari jumaat kerana diri ini rasanya tidak segagah hari kelmarin.

Pada awalnya masih membantu bergolek tako walau sedikit, masih mampu menjawab pertanyaan customer, masih mampu naikki tangga Pantai Timor Supermarket untuk membeli minyak masak di kaunter hadapan. Tik tok tik tok.. tidak lama kemudian.

Setelah duduk seketika Mama An rasa tidak boleh nak bangun lagi kerana terasa “bleeding” semakin banyak. Rasa tidak mampu menampung lagi. Rasa nak keluarkan darah tanpa menahan kuantitinya. Tika ini tidak la terasa sakit seperti mahu bersalin cuma yang rasa seperti ingin “ketulan darah beku”. Pernah juga ia terasa ketika datang “period”’cuma tidak mungkin sebesar ini. Pada waktu ini, hati mula berdebar kerana ketakutan. Tidak bisa lagi membantu supervisor bekerja. Hanya mampu meminta maaf. 

Tepat masanya Incik Suami datang tepat pada masanya. Terima kasih “ALLAH. Datangnya suami, dir mula rasa tak senang duduk lagi. Kalau lambat sebaliknya. Macam mana “supervisor” nak membantu bini orang kan. Disitu ALLAH telah memudahkan urusan. Sehingga suami sampai baru lah terjadinya kejadian ini. Terima Kasih “ALLAH.

Dia datang dengan “kalut” memberitahu yang dia menerima banyak order tako untuk di “cod”. Customer walk in pun ramai. Dibawanya nasi kerabu favourite tapi mulut x mampu nak makan lagi. Runsing.

Mulut masih boleh berkata “settel dahulu kerja” tapi Mama tak boleh nak membantu. Tak boleh nak bangun lagi kerana apa, kerana takut pengunjong, supervisor tekejut melihat limpahan “darah” di lantai. Runsing betul di kepala. Itu sudah limpahan darah akan keluar dan boleh memalukan. Bagaimana kalau limpah, bagaimana nak basuh lantai di tempat kerja. Mesti akan menyusahkan “supervisor” dan juga “suami”.

Seketika itu suami siap melayan customer dan tempahan untuk di “cod”, suami ingin membantu Mama An untuk bangun untuk ke kereta. Nak ke hospital terus? 

Iya sayang. Diri ini dah rasa “bleeding” memang betul betul banyak kali ini. Bukan yang biasa biasa dah. Ini lah masanya.

Mahu panggilkan ambulans? Tidak!! Terasa lambat sahaja ambulans itu akan sampai lagipun masih waras dan “control”. Malu pandangan sekeliling bila sampai anbulans nanti.

Mama An cuma katakan tak boleh nak bangun kerana limpahan akan mula keluar. Macam mana habis ke lantai? Kepala mula pening dan berputar. Pandangan mula tidak jelas disebabkan “bleeding” dah keluar banyak sangat. Incik suami meminta duduk semula dan dia mengambil kereta. Degupan jantung sudah laju. Hati risau sekiranya “pengsan”. Mata rasanya kabur kabur sahaja.

Gagahkan diri untuk Bangun dengan bleeding “meleleh” dan jatuhnya sedikit “ketulan darah” dicelah “seluar” ke lantai. Supervisor laju btindak mengambil plastik dan Suami memungutnya. Kami terus sahaja ke Emergency HPRZ11 Kota Bharu.

Sampai di sana…

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com