Kami Sampai pada Jam 4 petang.
Sampai je Di PALM HOTEL IPOH kami terus je check in bilik. Kami ambil Deluxe Family Room. Bilik memang cantik dan Luas dan semestinya bawah pada bajet kami. Segalanya telah siap di booking dan payment telah di buat.
(Utk tahu berapa harga bilik boleh baca di Blog “niknurehandotcom”)
Sampai je Hotel daftar dan pihak hotel minta Deposit RM100 untuk security. Dapat kunci bilik kami terus bagi tahu anak2 untuk rehat2 sekejap dan terus mandi2 sebab kita akan keluar ke Taman Rekreasi Gunung Lang
Dari Palm Hotel Ke Taman Rekreasi Gunung Lang mengambil masa selama 20minit termasuk trafic. Jadi kami sampai di Taman Rekreasi tu pada jam 5:25 petang. Kami terus ke Petting Zoo Gunung Lang.
Beli Tiket Dewasa RM6 dan Kanak2 RM3 dan apa lagi terus la masuk ke dalam Petting Zoo tu ada bermacam2 jenis haiwan dalam tu. Haha… Boleh la buat anak2 bergembira main dgn Haiwan2 dalam tu. Sayangnya Taman Rekreasi ni tutup pada jam 6petang sahaja kami tak sempat nak masuk ke Bahagian Taman Rekreasi yang sebenar tu. Jadi pada jam 6 petang kami pun keluar la dari Petting Zoo tu.
Dari Petting Zoo kami Terus Ke MALL di IPOH PARADE. Di Ipoh Parade kami lepak2, Dinner di Children Rice Shop dan Jalan jalan dalam Mall tu sampai la Jam 9 Malam. Tiada Gambar disini. Sebab beteri nak habis.
Jam 9 Malam Terus ke Palm Hotel dan kami sampai bagi tahu anak2 suruh tido sebab esoknya awal2 pagi lagi kita kena bangun.
Bersambung Park 2…..
(Bermulanya Percutian 2Hari 1Malam di Lost World Of Tambun)
#lostworldoftambun
#palmhotelipoh
#worldwonderipoh
#ipohmali
#tourismmalaysia
#cuticutimalaysia
#cuticutimalaysia2022
#niknurehandotcom
No comments:
Post a Comment