Lost World Of Tambun Perak - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Lost World Of Tambun Perak

11 July 2022

Lost World Of Tambun Perak

Nik Nurehan | Monday, July 11, 2022 | 0 Komen

PERCUTIAN 3Hari 2Malam Di Ipoh Perak.



























Hari Kedua Di Ipoh Perak.

Sebelah Pagi di LOST WORLD OF TAMBUN.


Seawal jam 5.30pagi kami bangun dari tidur. Kami siapkan dirisendiri dulu lepas solat subuh. Terus kejutkan anak2 untuk mandi dan bersiap2. 

Pada jam 7pagi semua sudah siap dan kami pun turun ke Lobi untuk check out. 

Sebab apa kami check out awal? Ini kerana masa yang di ambil untuk sampai ke LOST WORLD OF TAMBUN lepas ni kita pangil LWOT ni mengambil masa 35minit dari tempat tinggal kami ni. 

Dalam jam 7.30pagi kami siap check out dan ambil Deposit RM100 tu. Kami pun terus la ke LWOT. Sebelum sampai di LWOT tu kami singgah breakfast di kedai Mamak dekat KFC sebelum sampai di LWOT tu.


Selesai je Breakfast jam8:45pagi kami terus ke Hotel LWOT. Sampai je Di Lobi Hotel LWOT saya jer yang turun untuk daftar kat Hotel tu. Sebab semuanya sudah kami booking dan payment secara online dan pakej yang kami ambil ni pun dgn ejen. 

Nanti korang boleh baca di blog “niknurehandotcom” 

Lepas je daftar dan Pihak Hotel LWOT akan minta deposit RM100 untuk security. Dan dia orang akan bagi la tiket untuk masuk ke team park dan juga kopun untuk breakfast. Segala harga nya kami cerita di blog “niknurehandotcom”.


Lepas je selesai daftar di Lobi Hotel tu kami tak dapat lagi nak check in sebabnya bilik semuanya masih penuh lagi. Jadi kami pun tukar je la baju renang di Tandas Lobi Hotel tu. Pihak Hotel suruh kami masuk dulu dalam taman tema tu lepas jam 5 @ 6 petang keluar untuk check in hotel. Dan boleh masuk balik guna tiket Hot Spring & Night Park Entrance.

Untuk pengetahuan korang. Kalau korang dan masuk dalam Taman Tema tu jangan nak keluar dah la. Sebabnya tiket tu untuk sekali masuk je. 


Pada jam 9pagi kami semua siap dah tukar baju renang semunya. Anak2 dah mula excited dah. Papa dia pun apa kurang nya. 

Mula mula kami bergambar dulu di pintu masuk LWOT tu dan jam 9:45 pagi pintu untuk masuk sudah di buka. Kami yang dah beli tiket melalui online ni tak perlu la nak beratur panjang terus je ke tempat pintu yang di tulis E-VOUCHER ACCESS LANE dia orang akan turus je scan dan akan bagi gelang kat tangan anda. Dalam video kat bawah tu korang boleh tengok kami tak perlu beratur pun. 


Lepas je dapat masuk dalam taman tema tu. Kami terus je dapatkan tempat untuk rehat2 dan simpan barang2. Memandangkan kan kami ada  anak yang masih menyusu breastfeeding mama dia. Kami pun sewa la pondok yang di beri nama HUGA HUT betul betul depan pantai buatan tu. Lepas je simpan barang2 dan kunci local semua. Maka bermula lah permainan kami bersama anak anak dalam taman tema LWOT ni.


Kami mulakan dengan bermain di pantai buatan ni. Jangan risau pantai ni air dia tak masin pun. Haha…

Lepas main di pantai buatan tu kami pergi pula ke tempat main air yang ada kapal tu. Kat sini tak ada gambar pula. Sebab kami memang nak masa untuk bersama anak anak dalam tema ni. Tak apa la tak ada gambar pun kita cerita pengalaman je yer. Lepas main kat ada kapal tu. Papa dia pula try main gelongsor panjang. Dua orang anak kami Harraz dan Marissa tak boleh join sebabnya tak cukup ketinggian dan tidak dibenarkan untuk masuk ke situ. Jadi mama dia la jaga kat bawa tu.


Lepas je main gelongsor panjang tu. Kami pun sewa Pelapong yang ada 2 lubang tu untuk naik di sungai buatan dia. Sungai buatan di LWOT ni memang panjang namun arus air dia tak la sederas seperti di Taman Tema Air di Langkawi. Mungkin dia tak deras sebab di hujung laluan sungai ni ada show 3D dragon. Mamang Seronok habis la. Haha.. Siap ada yang nangis sebab takut naga tu keluar. Ada video kat bawah tu korang boleh tengok.


Ok lah. 

Kita sambung pada part3 pulak yer. 

Waktu Petang di LOST WORLD Of TAMBUN.


#lostworldoftambun

#palmhotelipoh

#worldwonderipoh

#ipohmali

#tourismmalaysia

#cuticutimalaysia

#cuticutimalaysia2022

#niknurehandotcom

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com