Setelah niknurehan.com terbiar bertahun tak diupdate akhirnya blog tersebut menemui penghujungnya. Ada beberapa isu di sepanjang tempoh tersebut yang membuatkan Mama An malas nak ambil tahu pasal blog ni.
Mama An terlalu busy dengan life, tak sempat update, tak sempat baca comments.. terlalu busy. Hahahahahahaha……
Entah apa apa yang sibuk kan. Buat buat la masa ni penuh walaupun dengan makan tidur.
Dalam sehari ada 24 jam. Seharian di tempat kerja dan selebihnya bersama anak & suami. Ada kalanya banyak habiskan masa di rumah dari tempat kerja. Maklum la, kerja sendiri kan.
Yaa yaaaa kerja sebagai agent Mr Tako dan juga masih sebagai pemborong gula, beras dll. Masa gu memang banyak habiskan dengan tepung tako, golek tako, jual tako. Alhamdullilah penerimaa dari pelanggan juga sangat baik tapi nama lagi biznes kan. Ada juga harii tu kurang jualan tapi Alhamdullilah Alhamdullilah gaji setiap pekerja tak pernah kami abaikan. Everyday dapat yea. Itu yang penting as majikan walaupun berniaga jalanan.
Perjalanan hidup tidak menentu tapi Alhamdullilah kami stabil dengan kehidupan yang serba mencabar pada tahun 2022 ini.
Adakalanya kita bersemangat, adakalanya kita tak de mood langsung dalam apa jua hal sekalipun.
Kepada pembaca budiman, terima kasih kerana terus membaca blog Mama An ni. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment