PERCUTIAN 3Hari 2Malam Di Ipoh Perak.
Part 5….
Hari Ke Tiga Di Ipoh Perak.
Bye and See You Again Ipoh Perak.
Kami mulakan aktiviti dengan breakfast di GARDEN TERRACE LWOT. Tempat breakfast ni terletak di sebelah kanan pintu Masuk Taman Tama LWOT tu kira kira 5minit jalan kaki dari Hotel LWOT tu.
Kami breakfast jam 8pagi. Mula mula sampai tu tak ramai lagi orang yang breakfast kat sini. Bila dah masuk jam 8:30 mcm tu orang dah ramai dah. Nasib baik kami awal lagi turun breakfast tu.
Kami breakfast sampai la jam 9pagi. Lepas makan breakfast semua tu. Mem besar kata nak shopping dulu. Kita pun okey je la. Kita shopping dekat pintu masuk Taman Tema tu. Kat situ ada banyak jual barang barang cenderamata dari LWOT tu. Banyak la juga mem besar beli kat situ. Ada gambar kat bawah tu. Hihi….
Lepas je shopping semua kami pun balik bilik hotel LWOT untuk bersiap dan check out dari hotel tu. Rasa memang tak puas lagi duk di hotel dan bermain di Taman Tema tu. Dalam jam 10:30pagi kami semua sudah siap check out dari hotel dan kami ke destinasi seterusnya.
Orang kata kalau dah sampai ipoh ni, kalau tak pekena Nasi Ganja memang tak sah la. Kami pun terus ke lokasi Nasi Ganja Ipoh tu di YONG SUAN di sebelah kedai Nasi Kandar ni ada kedai CENDOL WAWASAN ramai juga orang makan kat sini. Kira tempat ni memang viral la.
Kami tak makan kat sini. Kami bungkus je nasi ganja ni. Lepas bungkus nasi ganja ni kami bungkus pula cendol durian ni. Cendol Durian kami makan masa perjalanan balik.
Dari tempat Nasi Ganja ni kami pun bertolak balik ke Kota Bharu. Dalam perjalan balik tu atas bukit Grik tu anak kami abg Hassani di tak Tido duk layan papa dia main konar patah atas bukit tu. Lepas tu apa lagi nak muntah la pening kepala. Saya pun suruh tdo la. Bagi papa dia bawa kereta dgn tenang. Semua tertido tinggal papa dia je bawa kereta sorang seorang sehingga la sampai di Bandar Tanah Merah semua pakat Bangun. Dan semua pakat bangun nak ke Tandas. Hahaha….
Alhamdullilah. Kami sampai di Rumah di Kota Bharu jam 6:30petang…
Itu sahaja la perjalanan PERCUTIAN 3hari 2malam kami ke Ipoh Perak.
Terima Kasih kepada yang membaca cerita ini.
Kami Hanya minta anda masuk ke Blog “niknurehandotcom” dan baca la cerita cerita dalam tu. Anda baca kami dah boleh income sikit. Boleh la buat bayar tiket untuk PERCUTIAN seterusnya.
Tamat sudah….
#lostworldoftambun
#palmhotelipoh
#worldwonderipoh
#ipohmali
#tourismmalaysia
#cuticutimalaysia
#cuticutimalaysia2022
#niknurehandotcom
No comments:
Post a Comment