PERCUTIAN 3Hari 2Malam Di Ipoh Perak.
Part 3….
Hari Kedua Di Ipoh Perak.
Keseronakan Waktu Petang di LOST WORLD OF TAMBUN.
Kami bermain air dari jam10pagi Hingga 12tgh hari. Boleh bayangkan macam mana besar nya tempat ni? Dari 2jam tu kita tak cover habis pun lagi tempat permain bahagian air tu. Masuk je jam 12tgh hari anak kecil kami Marissa sudah tertido. Jadi kami buat keputusan untuk balik ke HUGA HUT letak anak atas kerusi yang di sediakan tu.
Saya pergi membeli makanan di bahagian food court dan juga di bahagian Ipoh Street yang ada kat dalam tu. Saya beli nasi Ayam 3 bungkus, satu mee kari dan mee wantan serta 2 air tin. Habis dalam RM60. Boleh dah kan? Untuk pengetahuan korang dalam tu kita tidak dibenarkan bawa masuk makanan kecuali kita seludup masuk. Pihak LWOT akan cek dulu bag kita sebelum masuk tu.
Pada waktu petang di bahagian belah Pantai buatan tu ada DJ yang akan pasang lagu dan ada orang yang joget joget. Jadi kami sambil menikmati makanan sambil tu la kami tengok DJ dan penari duk atas pentas tu. Anda boleh tengok dalam video di bawah tu yer. Ada ramai orang dalam air tu sambil tengok pertunjukan di atas pentas tu sambil main air dalam Pantai Buatan tu. Best bila ada ombak datang habis terbalik semua pelapung dalam tu. Haha….
Dalam pukul 2macam tu kami pun memulakan aktiviti di bahagian Dry pula. Kami mulakan dengan berjalan pergi ke bahagian HIPPO KINGDOM yang terletak di bahagian Atas bukit tu. Sebelum sampai di bahagian tu kami singgah di TIN VALLEY iaitu tempat mendulang bijih timah. Jadi saya try la mendulang bijih timah tu. Saya try pusing pusing2 dulang tu. Macam tak ada pun timah nya. Hahaha… Jadi kami pun teruskan la ke bahagian Hippo Kingdom tu. Wahh… Dalam tu hebat juga la. Ada Dua Ekor Badak Air, Ada Dua Ekor Buaya yang sedang berendam dan ada lagi binatang apa dah lupa nama. Masa kami sampai tu pegawai tempat tu baru je lepas bagi makan badak air tu. Korang nak tahu ke badak air ni makan 80kg makanan sehari untuk 2ekor dia tu. Dia bagi makanan seperti buah tembikar dan buah buahan yang lain. Haha… Banyaknya dia makan kan. Untuk buaya pula dia orang bagi makan ayam 2minggu sekali je. Sebab buaya ni kurang makan.
Lepas je tengok binatang2 tu semua. Kami pun pergi pula kebahagian Zirafah pula.
Di Bahagian Zirafah tu ada binatang seperti kuda Belang, ada Unta. Korang boleh bagi makanan untuk bergambar dgn binatang tu semua. Kami tak sempat nak ambil gambar sebab anak kami nangis takut. Haha…
Lepas tengok binatang semua tu kami pergi pula kebahagian permainan apa tah la dia panggil tu. Roller coaster ke apa. Masa nak naik tu anak kami yang kecil tu tak dibenarkan untuk naik sebab tak cukup umur lagi. Jadi terpaksa la mama dia yang bawa main air kat bawah tu. Kami 4 orang je la yang naik benda ni. Haha… Best juga la layar coner patah di tu. Nak kata mencabar tu, tak la. Sesuai untuk naik bersama family kan. Haha.. Boleh tengok video kat bawah tu. Sajer je kita buat terpikan suara tu. Haha…
Banyak lagi permainan yang kami try tu. Cuma gambar tu tak ada la. Haha…
Lepas je try permianan tu semua kami kebahagian
LOST WORLD HOT SPRING & SPA…
Di bahagian ni memang anda semua kena try… Saya masuk je dalam kolam air panas tu. Berendam sekejap, Huhhh.. Rasa macam segala masalah terus hilang dari fikiran. Best nya…. Rasa teringat sampai sekarang la. Hahaha… Korang boleh tengok video kat bawah tu. Kami mandi air panas tu. Ada yang keluar tu macam air tu tengah duk urut urut je Belakang kami ni. Haha
Tengah syok duk layan dalam Hot Spring ni kami tengok jam dah nak masuk 5:30petang dah. Jadi kami pun balik ke HUGA HUT untuk besiap dan keluar dari taman tema untuk ke bilik Hotel LWOT tu. Kami siap2 dan pergi ke Hotel dan masuk bilik yang dah siap tu.
Sampai je Hotel tu kami bagi tahu anak2 untuk mandi2 dan makan makan. Sementara kami solat dulu dan makan2. Lapar betul kami. Mana tak nya main air tak henti. Haha… Bagi tahu anak2 kita nak masuk balik dalam taman tema tu jam 7malam. Ada banyak tempat lagi yang menarik kami bagi tahu anak2.
Bersambung Part 4…
Waktu Malam Di LOST WORLD OF TAMBUN…
#lostworldoftambun
#palmhotelipoh
#worldwonderipoh
#ipohmali
#tourismmalaysia
#cuticutimalaysia
#cuticutimalaysia2022
#niknurehandotcom
No comments:
Post a Comment