Lost World Of Tambun Siri 4 - I luv evrything about ..... I luv evrything about .....: Lost World Of Tambun Siri 4

11 July 2022

Lost World Of Tambun Siri 4

Nik Nurehan | Monday, July 11, 2022 | 0 Komen

PERCUTIAN 3Hari 2Malam Di Ipoh Perak.

Part 4….






























Malam Ke Dua Di Ipoh Perak.

Kemeriahan Malam di LOST WORLD OF TAMBUN.


Selepas Mandi dan Makan dekat bilik hotel LWOT tu, dalam Jam 7:30malam kami masuk kembali ke Taman Tema LWOT guna tiket malam dia iatiu HOT SPRING & NIGHT SPA.


Tempat mula mula yang kami tuju adalah di Lost World PETTING ZOO. Di dalam Petting zoo ni anda akan tengok bemacam macam haiwan yang ada mula kami tengok arnab, lepas tu ulor, ada anak buaya. Gambar saya ada dgn haiwan apa tah tu, haiwan taper ke apa tu. Anda boleh tengok gambar kat bawah tu. Besar juga la Petting Zoo LWOT ni. Ad bahagian yang kami tak masuk dalam tu sebab gelap sangat. Huhu… 


Lepas je pusing2 dalam Petting Zoo ni, jam kami dah tunjuk pukul 8:15 malam. Kami bagi tahu anak2 jom kita ke hutan yang bercahaya pula. Kami pun berjalan la menuju ke LUMINOUS FOREST. Dalam ni dia lebih kurang macam cerita AVATAR tu. Ada pokok bercahaya dan haiwan gerak2 yang bercahaya tu. Kami ada la ambil gambar dgn orang2 dalam tu. Tapi tak cantik sangat la. Tak yah letak la dalam ni. Dalam ni kami tak lama pun. Dalam jam 8:35 macam tu kami pun keluar la dari sini.


Keluar dari Luminous Forest ni kami pun menuju ke kolam air panas dia. Anak2 dah tak sabar dah sampai je di kolam air panas tu terus je terjun dalam air panas. Sementara saya tercari cari tempat nak tengok show orang main api tu. Kalau lambat chop tempat memang akan tengok dari jauh la. Saya pun cari cari punya cari dapat la bahagian depan yang sebelah tepi tu. 


Show ni bermula tepat jam 9malam. Dekat2 nak mula show ni anak2 dah mula naik dari kolam air panas dan mula ambil tempat yang saya chopkan tu. Huhu… Suara DJ dia memang power la. Memang menarik dan betul hebat dia punya show tu. Persembahan ni habis jam 10malam ni pun di sebabkan hujan dah mula turun renyai renyai. Lepas je habis show ni kami pun terus keluar dari LWOT. Anak2 memang tak puas lagi dia orang cakap kita tak try pun lagi gelongsor naga tu. Saya pun tengok la gelongsor naga tu dia buka jam 4ptg hingga 11malam. Saya bagi tahu anak2 kita main lain kali pula. Sebab nya anak kami yang kecil pun dah nak tdo dah. Lagi pun time ni hujan dah mula nak lebat. Jadi kami pun terus la pulang ke bilik Hotel LWOT. Sampai je bilik, salin baju tdo terus terlena semuanya…


Sambung Part 5…..

Last day Di Ipoh Perak.


#lostworldoftambun

#palmhotelipoh

#worldwonderipoh

#ipohmali

#tourismmalaysia

#cuticutimalaysia

#cuticutimalaysia2022

#niknurehandotcom

Related Posts

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

I luv evrything about ..... © . Designed by MaisarahSidi.com